Halaman

kacau dia

Selasa, 25 Januari 2011

Umat akhir zaman

Setiap nabi diutuskan untuk memberi peringatan kepada kaumnya dengan membawa berita gembiraBasyira) dan berita mengenai ancaman (nadhira). Ini supaya setiap kaumnya taat kepada Allah. Jika mereka taat kepada Allah nescaya Allah akan memberikan segala apa yang di inginkan baik dari kehidupan dunia ( duniawi) dan juga akhirat ( ukhrawi). Selagimana kaum itu taat kepadanya, selagi itulah Allah akan selalu memberikan apa yang diinginkan. Sebaliknya apabila kaum itu ingkar akan suruhan rasul dan juga Allah, maka Allah akan menurunkan ancaman atau bala kepadanya. Ancaman atau bala inilah dipanggil sebagai “kiamat kecil”. Ini adalah ketetapan (sunnatullah) yang berlaku sepanjang masa. Terdapat banyak contoh ancaman (kiamat kecil) yang dikisahkan di dalam al-Quran, seperti kisah Nabi Nuh, Nabi Luth, Nabi Hud dan sebagainya.

Pada zaman kita ini yaitu umat akhir zaman, semua dosa-dosa yang dilakukan oleh kaum terdahulu ada pada umat akhir zaman. Bahkan dosa itu makin tersusun pula. Sebagai contohnya, zaman kita ini dicemari dengan kewujudan kelab gay,lesbian dan juga zina, buang anak, bahkan budak yang masih diperingkat sekolah rendah sudah mulai pandai berzina dan sebagainya. Tidak cukup dengan dosa hubungan seksual, umat mutakhir juga terlibat dengan dosa dalam perdagangan, saling menipu dalam memperdagangkan barangan. Selain itu, zaman kita juga melakukan dosa dengan mereka-reka agama palsu, adanya nabi palsu dan ajaran-ajaran yang menyesatkan akidah. Dosa-dosa ini membawa makna akan ada ancaman bencana-bencana yang besar, sebagaimana yang telah ditimpakan kepada umat yang terdahulu dan ianya tidak mustahil ditimpakan kepada umat akhir zaman ini.

Nabi Muhammad SAW adalah rasul dan juga nabi yang terakhir, bagindalah nabi akhir zaman sebagaimana yang telah diterangkan di dalam surah al-Ahzab ayat 40 yang bermaksud:

“…rasul Allah dan penutup nabi-nabi.”

Ayat ini menerangkan selepas Nabi Muhammad, tidak akan ada lagi nabi dan rasul yang diutuskan . implikasi daripada hakikat ini adalah segala tugas dan tanggungjawab mengingatkan manusia kepada jalan yang lurus terletak di atas bahu setiap orang yang mengaku dirinya seorang islam.

Berdasarkan apa yang telah diterangkan di atas, maka tugas seorang islam atau muslim adalah berdakwah bagi menyampaikan ajaran islam ke seluruh alam. Mereka yang bertungkus lumus menyampaikan ajaran islam akan diselamatkan dari segala macam bencana. Saya mengambil satu perumpamaan yang mudah, seperti seorang polis, dia memiliki pakaian seragam dan tugas. Tugasnya adalah menjaga keselamatam dan disiplin masyarakat. Dalam perumpamaan polis tadi. Apabila seseorang itu memakai pakaian seragam polis tetapi tidak menjaga keselamatan dan disiplin, dia tidak akan dianggap sebagai seorang polis. Hakikat ini terpakai kepada setiap individu yang bergelar muslim. Seperti polis, setiap muslim juga memiliki pakaian yang melambangkan indentiti islamnya. Dia juga mempunyai tugas. Pakaian seorang muslim adalah rukun islam, yaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Tugasnya pula adalah berdakwah bagi menyabarkan hidayah kepada seluruh alam. Namun selagi dia belum menjalankan tugas dakwahnya, dia belum dikira sempurna. Dakwah itu yang menyebabkan seseorang ataupun sesuatu kaum itu diselamatkan daripada bencana ataupun tidak.

Jadi disini dapatlah disimpulkan bahawa, untuk mengelakkan dari bencana yang telah ditimpakan dari umat yang terdahulu, setiap muslim mestilah berpegang teguh kepada ajaran islam dan melaksanakan pa yang telah diperintahkan dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah yaitu tuhan sekalian alam. Setiap muslim mestilah menyebarkan segala apa yang telah diajarkan Nabi kepada kita. Setiap muslim juga mestilah melaksanakan apa yang dituntut oleh rukun islam, ini kerana, rukun islam memainkan peranan yang amat penting

Tiada ulasan:

Catat Ulasan